Thursday, June 19, 2014

Fly : Baler, Philippines.

Memandangkan hidup sebagai student pilot, terbang ke daerah lain tu one of the benefits. Sebab boleh nampak culture yang pelbagai. Few months back saya berpeluang ke Baler.

Nama tempat cam pelikkk tak pernah kedengaran. Oh ya sudah tentu sebab Baler terletak di Philippines ya kawan kawan.

So yeah saya buat pilot training dekat Philippines maka dengan itu gambar gambar dekat instagram saya, anda jangan terpedaya dengan tempat yang indah saya kunjungi bukanlah kota kinabalu mahupun semenanjung dan sarawak. Jangan pula di google baler, malaysia. Lols.

So berbalik kepada isi cerita, pegi Baler ni sebenarnya tidak dirancang. Sebab tengah sedap tidur tiba tiba member whatsapp tanya mau join pegi Baler? 

"Baler?"

BALER!?

Woaahh Baler, saya memang teringin pegi Baler since mula mula datang tahun 2011. Sebab rasa macam ohsem memandangkan Baler ni tempat yang berpantai.  Berpantai?? Bahasa ka juga? Haha. Member yang join fly ke sana pernah cakap, air laut Baler ni connected to air Lautan Pasifik. Wahhh. Ohsem! Saya pun percaya tanpa usul periksa sampai sekarang tidak google lagi betul kaa tidak fakta member tu. So bila dapat whatsapp tu saya pun setuju dan mandi sepantas kilat, tapi still bersih okeh wangi siap kawan tegur saya tau, masuk masuk aircraft wangi body mist Victoria Secret. Eh perlu ka bagitau? Haha 

Oh sebelum berlari ke aircraft, fikirkan saya akan fly, siap bawa manual dengan headphone lagi berlari rushing sebab fikir captain tengah tunggu sebab saya akan fly. Masuk masuk aircraft tengok ada kawan duduk belakang. (Kapal 4 seats, dua depan, dua belakang)  Eh?? Kalau dia duduk belakang, yang bawa balik nanti siapa? Tidak banyak cakap naik aircraft dulu siap pakai stoking (ya ya saya tidak sempat pakai stoking dari bilik), pakai seatbelt. Then baru tanya.. 

Rupanya saya tidak akan fly, just dipanggil untuk joyride. Joyride ini istilah apabila anda akan join orang sebagai penumpang perhiasan di belakang. Laaa fikirkan fly (dalam hati yess! kegirangan sebab tidak perlu fly relax hew hew) Then after take off saya pun menikmati permandangan indah. Al maklumlah belum pernah sampai Baler. Agak eksited disitu ya. 


Oh lupa mahu bagitau, training pilot pakai kapal kecil ja. Kapal yang kami guna ni Cessna 172. Kapal yang ada 4 seats. Kadang kadang ada juga orang tanya, training pakai airbus ka? Airbus 320? wow gilos cun kau nyah pakai airbus untuk training Thorhebat tu, Thor pun tidak hebat macam tu. :')

Ini lah airport Baler ya ya I know memang tak nampak ohsem macam KLIA mahupun KLIA2 kerana Baler adalah kawasan pedalaman. Gambar di atas yang bersama kawan, haa dia tu la yang bawak fly pergi Baler namanya Hilmi. Saya gelar doraemon sebab Hilmi ni sentiasa lengkap dengan barang barang seperti tisu basah, air, hand sanitizer etc etc.. Membuatkan saya segan dengan diri sendiri sebab kawan sentiasa tanya na ada tisu tak? Tisu pun aku tiada. Sobs sedeh. :'(


Haa yang ni pula kawan yang duduk sebelah aku masa flight and dia bawak kapal balik dari Baler. Meaning, time balik aku ditemani Hilmi di belakang. Waduh posing ku ayu gitu. 


Ombak dekat Baler ni boleh dikatakan tinggi jugak lah, pelancong yang datang sini pun mostly akan surfing. Actually datang pun rasa weird sebab semua orang dekat sana tidak cukup kain well of course sebab pantai + pelancong, of cos bikinis di mana mana. Tiba tiba kami datang dengan berbaju cukup kain. :O


Selfie bersama doraemon dan sizuka. Eh? Lols. 


Until we meet again Baler. Cehh tak fly pun bajet bajet pakai headphone. Eh headphone connected ya. Bukan eksyen eksyen. 

No comments:

Post a Comment