Monday, June 30, 2014

Fly : Flight cancelled

I supposed to go for flying last Friday. Siap siap sudah, after solat Subuh, mandi then pakai uniform. Then bila siap, tinggal pakai socks ja, saya buka langsir sikit. Uishh mendung. Tapi gagahkan hati manatau lepas beberapa minit cerah balik. 

Sementara menunggu saya selfie dulu! 


Then I received a text from my instructor. 


"Liyana, the weather is sad :( "


Saya diminta untuk standby manatau nanti boleh teruskan flight. 
Oleh sebab bangun awal. Saya sarapan dulu. On the way ke kantin. Tik tik tik hujan turun. No fly. Flight cancel. Habis cerita. Masuk bilik tidur balik. Krohh krohhh.

Sunday, June 22, 2014

Product Review : Belvya PSS


Assalamualaikum. Bismillah.
Hello! Another product review. Inshaallah yang ni saya yakin Inshaallah the best setakat ni.

Pernah dengar Belvya PSS? Ala yang orang selalu cakap scrub buang lemak tu. Kalau tidak pun, siapa siapa yang follow Farahanim Razak dekat instagram mesti tahu punya. 


Tadaaa. Inilah belvya. Kalau yang rajin beli majalah Dara tu mesti akan nampak iklan Belvya macam ni. Hehe.

Apakah sebenarnya Belvya PSS? 

Belvya PSS ni sebenarnya adalah skrub untuk membuang lemak tidak kiralah lemak peha, lengan, perut dan mana mana tempat yang tersembunyi. Mostly pengguna akan gunakan Belvya ni di bahagian muka kerana lebih efektif dan Alhamdulillah lebih berkesan untuk mengurangkan pipi tembam dan dagu berlapis yang biasa kita kenali sebagai DOUBLE CHIN. That is why kita akan nampak iklan Belvya ni more untuk mendapatkan dagu yang runcing. Tapi still Belvya berkesan untuk bahagian yang lain. Kenapa saya yakin? Sebab saya sendiri pakai! Hihihi. 

Pengalaman memakai Belvya PSS

Saya berwajah tembam, pipi bulat dan double chin tu tidak perlu tanya memang ada. Haha So selalu kurang keyakinan sebab orang akan tegur betapa tembamnya pipi ini. :') 

Sampailah satu masa, saya ternampak gambar Belvya yang dipos oleh Farahanim di instagram beliau. Baca punya baca terasa awesome sebab ini lah produk yang saya cari dan nantikan. Akhirnya ada juga orang buat produk macam ni. Saya pun check account instagram Belvya ni. Woahh bermacam macam testimoni menarik. Hati pun gundah gulana bila baca satu satu sebab semuanya berkesan, testimoni pengguna yang lain buat diri ni tertarik sebab too many positive feedbacks. Alhamdulillah kepada Puan Sheila founder Belvya kerana berjaya menghasilkan produk berkualiti macam ni. Rasa excited mahu cuba lalu saya pun orderlah satu. 

Bila sampai, saya pun cuba dengan kegirangan. Saya pakai Belvya dalam seminggu lebih dan hasil pun start nampak. Pipi makin mengecil. Alhamdulillah. 


Haa ni lah saya. Tudung jingga tu sebelum, hitam tu selepas. Nampak kan perbezaan pipi di situ? Alhamdulillah happy tidak terkata, dalam masa tu juga adik kakak mama tegur pipi makin kecil dan dagu saya makin berbentuk. Yang pentingnya pakai shawl pun lebih senang tutup dagu. Alhamdulillah. 

Yang besst pasal Belvya ni, tiap kali pakai, kulit akan licin dan lembut. Lepastu tegang. Then sejuk berangin ja rasanya lepas guna. Best sangat sangat! Syukur Alhamdulillah. 

Perut pun saya cuba tau! Sebab al maklumlah tidak menjaga pemakanan, perut pun start la menggumpulkan lemaknya. Saya pakai straight hari hari selama 5 hari Alhamdulillah sekali lagi perut pun mengecil kempis. Yayy! Bestnyaa! Hehe 

Sekarang bila sudah try and alhamdulillah berkesan saya pun berniaga Belvya ni and jadi Pengedar Sah Sabah. Alhamdulillah. Tapi bukan setakat jual. Saya kaji juga sedikit dengan bahan yang digunakan. So bila ada yang mahu beli saya boleh explain. :) 


Bahan yang digunakan

• Skrub garam laut
- Garam laut mempunyai banyak kelebihan berbanding garam biasa kerana MINERAL SEMULAJADI yang ada padanya. Hebat bukan ciptaan Allah? 
- Garam laut juga boleh bertindak sebagai pembersih semulajadi yang mampu membersihkan toksin toksin yang melekat pada liang liang roma kulit kita dan memudahkan penyerapan Belvya kedalam kulit. Sebab tu kulit lebih licin dan halus! Hehe 
- Selain itu, ianya membantu untuk kulit bernafas dengan lebih mudah. Skrub yang diurut ke atas permukaan kulit juga membuatkan peredaran darah lebih lancar. 
- Memperbaiki tesktur kulit dan menegangkan kulit! ( setuju sangat dengan yang ni! ) 

• Salicylic acid
- Kepada yang biasa mengkaji tentang bahan bahan produk kecantikan mesti familiar dengan bahan ni. Salicylic acid biasa dikaitkan dengan rawatan wajah yang berjerawat. Kebanyakkan produk muka untuk merawat jerawat akan menggunakan Salicylic acid ni. And yes tepat sekali, Belvya boleh merawat jerawat. Inshaallah dengan izin Allah taala. 


Nampak comment tu? Haa ini saya screenshot sendiri daripada instagram saya. Alhamdulillah kawan saya ni berpuas hati dengan Belvya kerana mampu rawat jerawat at the same time siap promote tu. Alhamdulillah.


Testimoni berjaya daripada pelanggan

Testimoni 1. 

Testimoni 2.


Testimoni 3. 


Testimoni 4.


Testimoni 5.


Testimoni 6.


Testimoni 7.


Testimoni 8. 


Testimoni 9. 


Testimoni yang ni special sikit sebab bahasa brunei. Haha! Haa cua liat orang kitani pun makai Belvya jua. Orang brunei pun boleh beli, ada stokis disana juga. Boleh cek dengan HQ untuk nombor stokis Belvya di Brunei Darussalam atau pergi laman web belvya sendiri www.belvya.com :) 


Testimoni 10.



This is the best testimoni so far as my own customer. Nampak sangat kan perbezaannya? Alhamdulillah ni kawan saya sendiri. Kenal lama sudah nama dia Anis. Haa Anis ni lah yang comment di atas tadi pasal Belvya boleh rawat jerawat tu. Saya dengan Anis ni problem sama, pipi tembam tapi Anis sentiasa nampak cantik. Hehe

Saya suka pengguna macam Anis ni, sebab dia usaha sungguh untuk dapatkan the best result. Dia ja antara semua customer saya yang banyak update pasal perkembangan sepanjang menggunakan Belvya andd banyak bertanya pasal tips and Anis even bagitau cara dia guna Belvya. See macam ni yang kita mahu. So duit tidak sia sia macam tu ja. Sekarang pipi pun alhamdulillah tidak tembam. Dia repeat order. Yang lain pun sama juga alhamdulillah repeat order. Syukur Alhamdulillah. 







Semua ni testimoni Anis sendiri. So kalau mahu cantik, kenalah rajin. Ta boleh malas malas ya. Yang bujang tu, jaga lah penampilan diri. Kalau malas jogging, apa salahnya rajin untuk ini kan? Hehe kalau yang sudah kawin, apa salahnya buat investment skit untuk bagi suami sayang. InshaAllah. Hehe 

Cara Pemakaian Belvya 


Mahu tips lebih? Jadilah pembeli saya. Inshaallah saya akan bagi tips lebih untuk bantu anda! InshaAllah dengan izin Allah.

Cara Pembelian 

Sekarang mesti excited untuk cuba kan?? Kan kan?? Haaa. 
Kalau mahu beli, bolehlah contact saya.

Whatsapp : +60146728285 
Instagram : nanaahmadd 
Instagram Belvya Pss : belvya 

Harga untuk semenanjung RM85 
Harga untuk sabah atau sarawak RM90

Best pasal BELVYA PSS ni sebab selalu offer. Ada apa apa perayaan mesti offer. Best kan? Haa kalau mahu tau bila offer, follow instagram saya atau belvya directly senang kan? 

Kalau kamu mahu lebih mudah untuk COD kawasan rumah ka apa ka. Cek website Belvya sendiri

www.belvya.com 

Untuk cari number phone pengedar atau stokis berdekatan. :)
Dalam web belvya ada macam macam info. Best kan? Hehe 

Semoga info ini berguna untuk anda semua. Boleh bantu product ini lebih maju inshaAllah. Ingat! Ini semua ikhtiar saja. Yang lain semua atas kuasa Allah taala. Saya syorkan bagi pengguna muslim, sebelum guna, selawatlah dulu dan baca Bismillah. Tidak susah pun kan? Biar berkat, aminnn. 















Friday, June 20, 2014

Black and White Saturday.


"Anywhere you go, whatever you do, Just Go First Class..!" 

Instagram : nanaahmadd

Product Review : Rose Hip Oil Mask from SASA


Tadaaa! Bismillah. Ni produk yang saya pertama kali cuba and alhamdulillah worked out well for me on the first time.
This is a product by Sasa and I don't know if they have it in Malaysia because this is a gift from a dear friend. He bought it in Taiwan. Dalam satu kotak ada 10 packets. So yaa THANK YOU SO MUCH for the gift Yang. 

Basically this is kinda new for me. First time dengar about Rose Hip Oil. So of course I googled it sebab curiousity melambung lambung. What is it that makes Rose Hip Oil so special? 

Rose Hip Oil benefits.

• obviously, minyak ni produced by the bunga itself. Bunga rose aka mawar in melayunya.
• good thing about this oil is, it is packed with Vitamin C, Vitamin A, essentials fatty acids omega 3 & omega 6. 
• Vitamin A yang terdapat dalam minyak ni mampu meremajakan kulit atau dalam bahasa omputehnya rejuvenating the skin. So bila pakai, kulit akan glow and rasa fresh! Works on normal skin atau skin yang damaged due to the sun. 
• Vitamin C dalam minyak ni pula mengurangkan tompok hitam di kulit atau scars (bekas jerawat), aging spots atau hyper-pigmentation. Kulit warna tidak sekata. 
• Just like my previous post on VCO (virgin coconut oil), Rose Hip Oil pun berfungsi untuk memberi kelembapan kulit. So it is great for dry skin. Research shown minyak ni pun actually can treat eczema. But! Like I told you before, using oil based will not be affective to all people. Sebab ada orang yang berkulit sensitif and ada yang normal. Tips di sini is, try a little bit of the oil in the hidden area of your skin first before applying it to your whole skin. Untuk tengok if you have any irritation, gatal gatal atau any bad reactions when it comes to this oil.
• Tidak membuatkan pores kulit anda tersumbat. 


So yah, itu adalah antara kebaikan semulajadi yang terdapat dalam rose hip oil. Good news about it, siapa siapa yang mengenali model Victoria Secret, Miranda Kerr, you guys probably will know yang beliau juga menggunakan minyak ini as her daily routine. Beliau juga setuju bahawa minyak ini penuh dengan kebaikan. Miranda sendiri telah mengeluarkan produknya sendiri "Kora" menggunakan minyak ini. 

My own testimoni for this product.

So last night selepas dapat ja gift ni saya pun excited untuk mencuba. Selepas cuci muka dan apply toner, saya pun pakai. 


Oh!oh! Untuk pakai mask pun perlu cara yang betul ya. Sebab once salah, bang! Mungkin the next day tiba tiba ada jerawat. Saya berani cakap sebab saya sendiri pernah melaluinya. Konon konon mau pakai mask, tanpa tahu the right way (kesan akibat malas ambil tahu) of applying mask, tiba tiba next day timbul jerawat. Wuhhhh. Jerawat batu pulak tu. Kecewa jiwa. Sobs :'(  so it is reaally reaaaallly important to wash your face very very the clean and apply toner before applying mask. 

But do not worry, I will post another entry on how to apply mask on face the right way InshaAllah.  

Soo, berbalik kepada testimoni, after sudah apply mask ni, saya pun tunggu dan tunggu, 15-20 minit. Tapi oleh kerana taksub dengan kebaikan bahan yang digunakan oleh produk saya pun menunggu lebih sikit. Lepastu finallyy.... Ini lah saatnya. Menanggalkan mask dari muka. 

MashaAllah!!! Sangat segar! Sangat suka alhamdulillah. Seriously, ini bukan tajaan mana mana tapi memang betul. Lepas ja tanggalkan mask, rasa fresh. Semua benefits yang saya tulis di atas tu semua menjadi. Berbahagialah saya. Apa pun Alhamdulillah kepada Allah taala. Great thing about this mask is, tidak perlu basuh muka. Just urut urut lebihan yang ada di muka sampai menyerap masuk ke kulit. Then saya apply night cream. 

The next day.. Which is today. Bangun bangun ja tadi, first thing first, saya akan sentuh muka just to check whether kulit mengelupas lagi sebab kulit saya jenis kering and selalu mengelupas. Tadi bangun ja pagi, ohsemnesss level 999 sebab muka still normal and tidak kering. 
Alhamdulillah. So conclusion, I love this product. You can try it too. But kalau boleh rajinkanlah diri untuk google the right way to choose mask and how to apply. Sebab different people has diff skin type. Pilih ingredients yang sesuai untuk kulit anda! 

Stay positive and loved. Xoxo 


Thursday, June 19, 2014

Fly : Baler, Philippines.

Memandangkan hidup sebagai student pilot, terbang ke daerah lain tu one of the benefits. Sebab boleh nampak culture yang pelbagai. Few months back saya berpeluang ke Baler.

Nama tempat cam pelikkk tak pernah kedengaran. Oh ya sudah tentu sebab Baler terletak di Philippines ya kawan kawan.

So yeah saya buat pilot training dekat Philippines maka dengan itu gambar gambar dekat instagram saya, anda jangan terpedaya dengan tempat yang indah saya kunjungi bukanlah kota kinabalu mahupun semenanjung dan sarawak. Jangan pula di google baler, malaysia. Lols.

So berbalik kepada isi cerita, pegi Baler ni sebenarnya tidak dirancang. Sebab tengah sedap tidur tiba tiba member whatsapp tanya mau join pegi Baler? 

"Baler?"

BALER!?

Woaahh Baler, saya memang teringin pegi Baler since mula mula datang tahun 2011. Sebab rasa macam ohsem memandangkan Baler ni tempat yang berpantai.  Berpantai?? Bahasa ka juga? Haha. Member yang join fly ke sana pernah cakap, air laut Baler ni connected to air Lautan Pasifik. Wahhh. Ohsem! Saya pun percaya tanpa usul periksa sampai sekarang tidak google lagi betul kaa tidak fakta member tu. So bila dapat whatsapp tu saya pun setuju dan mandi sepantas kilat, tapi still bersih okeh wangi siap kawan tegur saya tau, masuk masuk aircraft wangi body mist Victoria Secret. Eh perlu ka bagitau? Haha 

Oh sebelum berlari ke aircraft, fikirkan saya akan fly, siap bawa manual dengan headphone lagi berlari rushing sebab fikir captain tengah tunggu sebab saya akan fly. Masuk masuk aircraft tengok ada kawan duduk belakang. (Kapal 4 seats, dua depan, dua belakang)  Eh?? Kalau dia duduk belakang, yang bawa balik nanti siapa? Tidak banyak cakap naik aircraft dulu siap pakai stoking (ya ya saya tidak sempat pakai stoking dari bilik), pakai seatbelt. Then baru tanya.. 

Rupanya saya tidak akan fly, just dipanggil untuk joyride. Joyride ini istilah apabila anda akan join orang sebagai penumpang perhiasan di belakang. Laaa fikirkan fly (dalam hati yess! kegirangan sebab tidak perlu fly relax hew hew) Then after take off saya pun menikmati permandangan indah. Al maklumlah belum pernah sampai Baler. Agak eksited disitu ya. 


Oh lupa mahu bagitau, training pilot pakai kapal kecil ja. Kapal yang kami guna ni Cessna 172. Kapal yang ada 4 seats. Kadang kadang ada juga orang tanya, training pakai airbus ka? Airbus 320? wow gilos cun kau nyah pakai airbus untuk training Thorhebat tu, Thor pun tidak hebat macam tu. :')

Ini lah airport Baler ya ya I know memang tak nampak ohsem macam KLIA mahupun KLIA2 kerana Baler adalah kawasan pedalaman. Gambar di atas yang bersama kawan, haa dia tu la yang bawak fly pergi Baler namanya Hilmi. Saya gelar doraemon sebab Hilmi ni sentiasa lengkap dengan barang barang seperti tisu basah, air, hand sanitizer etc etc.. Membuatkan saya segan dengan diri sendiri sebab kawan sentiasa tanya na ada tisu tak? Tisu pun aku tiada. Sobs sedeh. :'(


Haa yang ni pula kawan yang duduk sebelah aku masa flight and dia bawak kapal balik dari Baler. Meaning, time balik aku ditemani Hilmi di belakang. Waduh posing ku ayu gitu. 


Ombak dekat Baler ni boleh dikatakan tinggi jugak lah, pelancong yang datang sini pun mostly akan surfing. Actually datang pun rasa weird sebab semua orang dekat sana tidak cukup kain well of course sebab pantai + pelancong, of cos bikinis di mana mana. Tiba tiba kami datang dengan berbaju cukup kain. :O


Selfie bersama doraemon dan sizuka. Eh? Lols. 


Until we meet again Baler. Cehh tak fly pun bajet bajet pakai headphone. Eh headphone connected ya. Bukan eksyen eksyen. 

Natural Skin Solution : Virgin Coconut Oil (VCO)



Assalamualaikum readers. So yeah this is it. Kepada siapa siapa yang still don't know, ini adalah minyak kelapa. Bila ke mana mana kedai, bila nampak coconut oil atau VIRGIN coconut oil, ada beza ya. Its still the same but coconut oil adalah minyak kelapa yang sudah diproses banyak kali and mungkin melibatkan chemical so bau dan rasanya hilang. 
To remind you guys, to apply this to your skin, do not buy only coconut oil, but buy the one yang Virgin sebab coconut oil yang dah diproses tu bila anda apply di kulit, yang akan berada di atas lapisan kulit anda hanya minyak ya kawan kawan dan berkemungkinan akan menyebabkan pores kulit anda tersumbat dan menyebabkan anda berjerawat bagai nauzubillah. So jangan silap beli. And pastikan ianya betul betul virgin before you buy it.

Bila sebut Virgin, means ianya lebih dekat dengan keaslian kelapa itu tersendiri. Kaya dengan aroma dan rasanya. Cara ianya diproses juga tak memerlukan chemical and 100% natural. Which means, khasiat still banyak and good for your skin. Good quality VCO should smell  like coconut and it is very fine oil.

I have been using this since last year. I went to Bangkok for holidays and bought this. Too bad, skin care yang saya gunakan most of the time membuatkan kulit saya kering. So I have decided to buy this. Oh ya, I am a big fan of natural skin care. Meaning, saya lebih prefer guna bahan bahan semulajadi for my skin. Because it is better to stay away from skin care yang banyak sangat chemical which is bad for us. 

How I use VCO for my skin?




Bismillah. Okay basically, bangun pagi saya akan cuci muka seperti biasa, apply cream and everything. So yeah hari anda akan berjalan seperti biasa sampai lah waktu zohor. Its time for solat. So bila solat, of course muka akan dibersihkan and bila habis solat biasanya muka saya akan kering disebabkan skincare yang saya gunakan sekarang. Mostly if saya stay indoor I will just apply this VCO, ambil kapas, letak setitik dua and then sapu rata ke muka. 

embracing ma naked face yall


But if saya akan stay outdoor, saya akan apply day cream of my skincare until asar. After solat asar then I apply VCO to my face. 

Alhamdulillah muka akan sentiasa lembab and no more dry skin. 

Take note that VCO akan menjadi solid once suhu sejuk. So biasanya yang saya akan buat biar cair naturally memandangkan botol VCO yang saya beli tak dapat nak buka. Maybe kalau yang lain, you guys boleh ambil sedikit di tangan and it will melt sendiri bila kena dengan suhu tangan. Then sapu kemuka. PASTIKAN TANGAN ANDA BERSIH SEBELUM APPLY APA APA PRODUK KE MUKA.

Oh yea btw, I use VCO as my makeup remover too! I am not really into make up but sometimes I put eyeliner and don't have any make up remover so I use VCO. 
Natural and great!

Kebaikan VCO untuk rambut.

• VCO bukan sahaja bagus untuk kulit malah bagus untuk rambut. After cuci rambut boleh gunakan VCO sebagai perapi rambut and it helps a lot for moisturizing your hair naturally.
• Membantu pertumbuhan semula rambut yang rosak. 
• Kajian membuktikan minyak kelapa membantu dalam melindungi rambut daripada rosak yang disebabkan oleh hygral fatigue.
• Mengurut kulit kepala dengan minyak kelapa boleh membantu daripada kelemumur dan kulit kepala yang kering. 


Kebaikan VCO untuk kulit.

• Best solution for dry skin like me! 
• Anti bacteria yang boleh menangani penyakit kulit such as dermatitis, eczema and other penyakit kulit. 
• Anti aging for skin due to its anti oxidant properties.
• Glow your skin, everytime I use VCO on my face, my cheeks will blush and glow! 
• Can be use as your make up remover! 


IMPORTANT NOTES! 

Take note that not everyone of us is the same. My skin and your skin is different. Saya cuma mengutarakan kelebihan VCO for people yang mempunyai kulit kering. If you guys have an acne-prone skin, make sure you know whether your skin can tolerate with coconut oils or not. Sometimes it might works and sometimes not. :) 

Hope this post can help most of you out there inshaAllah. Apa pun stay positive. And be grateful to Allah. Assalamualaikum.  






Wordless Thursday


" The key to success is to have a great link with Allah azzawajjal "